Friday, 4 May 2012

Penggunaan Lagu

Untuk pengajaran lebih mudah, penggunaan lagu mampu menarik minat kanak-kanak. Contohnya menggunakan video untuk belajar solat dan lagu-lagu yang berunsur pembelajaran yang menghiburkan.

Klik untuk Alphabet Song

Klik untuk Phonics Song

Klik untuk Counting Song

Klik untuk Alif Ba Ta Song

Klik untuk Cara Belajar Solat















Kalendar Terpakai

Rasanya ramai di antara kita memiliki kalendar-kalendar untuk tahun-tahun yang lepas. Dalam erti kata lain, kalendar yang dah nk recycle. Apa nak buat dengan kalendar-kalendar ni? Sebelum buang ke dalam tong sampah, fikir dulu…kalendar meja ini boleh dijadikan bahan bantu mengajar untuk anak murid kita.

Kalendar meja ini boleh dijadikan:

1. Bahan bantu mengajar mengikut tema. Contohnya seperti kalendar bawah ini untuk Tema Pekerjaan’ sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
2. Untuk ejaan kvkv,kvk,kvkvk seperti yang dibuat oleh penulis Dol Hj Nekmat
3. Untuk matematik

Pendek kata boleh dipelbagaikan mengikut kekreatifan cikgu-cikgu.

Jadi,selamat mengumpul kalendar meja!