Friday, 18 May 2012

Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak.
Melalui aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan.

Apabila kanak-kanak seronok belajar sesuatu perkara, mereka terus berminat untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran, kesannya tumpuan kepada sesuatu perkara menjadi semakin baik. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara berkaitan aktiviti permainan yang dilakukan.

Justeru,kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik.

Malangnya, ramai ibu bapa malahan ada guru dan pengusaha pusat pendidikan awal kanak-kanak menganggap kaedah bermain kurang penting dan menekankan fokus kepada pencapaian
akademik.


Permainan Lembut


Bersama dengan guru, kanak-kanak akan melihat puppet dimainkan dengan mengadakan unsur penceritaan. Pembelajaran ini untuk latihan komunikasi di kalangan kanak-kanak di dalam kelas.





Blok Bergambar


Digunakan untuk kanak-kanak mengenal pasti huruf-huruf dan gambar yang berkaitan. Pembelajarannya ialah dengan melakukan aktiviti menyusun atur huruf-huruf mengikut tururtan. Ianya mudah dalam penggunaan di dalam kelas.








Friday, 4 May 2012

Penggunaan Lagu

Untuk pengajaran lebih mudah, penggunaan lagu mampu menarik minat kanak-kanak. Contohnya menggunakan video untuk belajar solat dan lagu-lagu yang berunsur pembelajaran yang menghiburkan.

Klik untuk Alphabet Song

Klik untuk Phonics Song

Klik untuk Counting Song

Klik untuk Alif Ba Ta Song

Klik untuk Cara Belajar Solat















Kalendar Terpakai

Rasanya ramai di antara kita memiliki kalendar-kalendar untuk tahun-tahun yang lepas. Dalam erti kata lain, kalendar yang dah nk recycle. Apa nak buat dengan kalendar-kalendar ni? Sebelum buang ke dalam tong sampah, fikir dulu…kalendar meja ini boleh dijadikan bahan bantu mengajar untuk anak murid kita.

Kalendar meja ini boleh dijadikan:

1. Bahan bantu mengajar mengikut tema. Contohnya seperti kalendar bawah ini untuk Tema Pekerjaan’ sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
2. Untuk ejaan kvkv,kvk,kvkvk seperti yang dibuat oleh penulis Dol Hj Nekmat
3. Untuk matematik

Pendek kata boleh dipelbagaikan mengikut kekreatifan cikgu-cikgu.

Jadi,selamat mengumpul kalendar meja!